Friday, 23 March 2012

tinta perjalanan hidup..

assalamualaikum kpd suma,, penyerahan sijil SPM bru je brlalu. bg aq mmg xsgka sakitnya <3 bila dpt kptsan trok walaupon rmai yg ckp ok. ad hikmah kenapa jadi begini. mgkin kerana ad dosa yg telah di lakukan? pape pon aq bersyukur,
Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.
10 kunci kejayaan dunia dan akhirat:
1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa

6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Gunakan 10 kunci ini untuk merangsang perubahan diri ke arah kecemerlangan !
hidup kita baru je bermula untuk masa hadapan kita!!!
jangan cepat mngalah, sebelum titisan darah yg terakhir!

No comments:

Post a Comment