اسسالاموالايكوم
Apa khabar semua?? aq harap sihat2 belaka. Hari ni buah hati mmasuki kolej. Maafkan sy ye awk xdpt teman awk. Pengalaman yg baru akn sntiasa menamani aq utk menjadi lebeyh matang, I'Allah. Aq akn terus membawa kalimah Allah hingga penghujung hayat ku. Amin. >.<", ok. Hari ni luahan hatiku ttg ranjau kehidupan di institut pendidikan tinggi. Agak2 korg ye, sahabat jenis ap yg kita akn dpt? baik? jahat? dua2? siapa tahu? I'Allah, carilah kwn yg sentiasa menegur kita.:)
Cabaran Mahasiswa
Menerima
surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi
adalah impian kebanyakan remaja yang bercita-cita tinggi. Apatah lagi
surat tawaran datang dari institusi pengajian tinggi awam yang tersohor
dan ternama. Gaya hidup sebagai mahasiswa penuh prestij dan bergaya
terbayang di mata. Namun, di sebalik itu semua, pernahkah terlintas di fikiran tentang kesukaran dan cabarannya.
Kitaran Hidup Mahasiswa..Rutin..Rutin..Rutin..
Lazimnya
pengajian di universiti meliputi aktiviti-aktiviti yang rutin dan
formal. Kuliah demi kuliah diikuti dengan senarai tugasan yang
menyesakkan dada. Kuiz, ujian dan peperiksaan akhir adalah medan menguji
sejauh mana kemampuan mahasiswa menghadam pengajian. Bagi yang aktif
sedikit akan terlibat dengan persatuan, sukan dan badan beruniform.
Setidak-tidaknya untuk memenuhi keperluan markah bagi kokurikulum.
Dari
sudut akademik, timbul persoalan, adakah pengajian formal yang diikuti
mengikut bidang masing-masing mampu mematangkan minda dan personaliti
mahasiswa? Mampukah ilmu yang dipelajari dapat dijadikan sandaran untuk
mahasiswa menempatkan diri dalam alam pekerjaan. Mengapa terdapat
mahasiswa yang gagal dalam usaha mencari pekerjaan yang sesuai dan
terpaksa mengambil keputusan menganggur?
Cabaran Sebenar Mahasiswa…
Di
sebalik semua cabaran yang tersurat ini, cabaran tersirat yang dihadapi
oleh semua mahasiswa adalah cabaran untuk menangkis pelbagai tanggapan
negatif masyarakat terhadap mahasiswa. Jika suatu ketika dahulu,
mahasiswa dianggap sebagai satu kelompok masyarakat yang elit dan
dipandang tinggi. Dahulu mahasiswa menjadi idola dan contoh oleh
pelajar-pelajar di bangku sekolah. Ibu-bapa menjadikan mahasiswa sebagai
‘role-model’ dan mahukan anak-anak mereka meraih gelaran yang sama
suatu hari nanti. Menjadi budak ‘U’ adalah satu pengiktirafan yang
‘glamour’ dan berprestij. Bagi remaja lelaki ketika itu, gelaran budak
‘U’ dijadikan saham untuk menarik perhatian gadis pujaan.
Tetapi entah di mana silapnya, segelintir mahasiswa generasi kini menjadi bahan tohmahan dan cacian.
Mengapa masyarakat setempat selalu mengaitkan mahasiswa dengan kes
buang bayi, maksiat, khalwat dan pergaulan bebas? Mengapa mahasiswa
generasi sekarang dianggap sebagai manja, tidak mampu berdikari,
gemarkan hiburan, mensia-siakan waktu dan suka bergaya?
Mahasiswa
berhadapan dengan cabaran yang sukar, iaitu cabaran untuk menghadapi
diri sendiri. Berusaha mendisiplinkan diri, menguruskan diri sendiri dan
berdikari serta kemampuan untuk memilih rakan yang betul adalah
pendekatan pembetulan yang mudah. Dunia mahasiswa adalah dunia yang
bebas. Walaupun terikat dengan jadual kuliah dan tugasan, waktu
selebihnya adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan budibicara
mahasiswa berkenaan untuk menguruskan diri dan masa. Mahasiswa yang
intelek adalah mahasiswa yang bijak mengambil ruang dan peluang untuk
mencari rakan yang boleh membimbing. Mahasiswa seharusnya bijak
mengambil peluang bukan setakat untuk menuntut ilmu sebagaimana yang
ditetapkan dalam silibus, tetapi meningkatkan penguasaan ilmu agama.
Mahasiswa seharusnya menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan
hidup.
Pengamalan
Islam sebagai cara hidup dapat membantu mahasiswa mengelakkan diri dari
terjebak dengan pergaulan bebas dan aktiviti lain yang membuang masa
dan sia-sia. Bergaul dengan rakan-rakan boleh membimbing dan
menggalakkan kita aktif dalam program-program keagamaan yang membantu
membentuk ketrampilan diri. Selain dari itu, penghayatan dan pengamalan
ajaran Islam dalam kehidupan seharian dapat membantu mahasiswa membina
hubungan yang erat dengan keluarga, rakan sepengajian dan para
pensyarah. Hubungan erat sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan
sokongan moral dari semua pihak malah menambahkan keberkatan ilmu yang
diperolehi. Insya Allah
